Thursday 20 November 2014

Siapa Saya?




Hajah Rosnah Husain merupakan pengasas produk minyak wangi sketch perfumes.Mula menceburi bidang perniagaan sejak 22 tahun lalu serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan produk sendiri.


Hajah Rosnah atau lebih mesra dikenali dengan nama Kak Ros dalam kalangan usahawan,merupakan salah seorang anak didik Dr Haji Azizan Osman.Beliau sangat komited dalam bidang penghasilan produk sendiri dan seringkali melakukan penyelidikan (R&D) bagi menambah nilai dan mutu produk hasil tangannya.

Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang perniagaan,segala proses pembukusan dan penglabelan produk yang beliau hasilkan adalah "homemade".Beliau berpengalaman selama lebih tujuh tahun dalam bidang penghasilan kotak jenama sendiri. 

Pengalaman menjadi seorang pramugari syarikat penerbangan Malaysia yang berurusan dengan bermacam ragam manusia menjadikan beliau tidak kekok berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.


  

Sejak beberapa tahun kebelakang,Kak Ros seorang yang aktif menerima tempahan menghasilkan kotak untuk rakan-rakan usahawan,tetapi kini Kak Ros lebih berminat untuk menurunkan ilmu perniagaan dan penghasilan kotak jenama sendiri berkonsepkan "personal coaching".

Personal coaching yang dibawakan Kak Ros memegang prinsip "Belajar Sampai Pandai" menjadikan beliau seorang coach yang dianggap "Terbaik" oleh pelajarnya.



Respon Ikhlas Salah Seorang Anak Murid Kak Ros Setelah Menghadiri 

12 Jam Personal Coaching Penghasilan Produk Jenama Sendiri.






0 comments:

Post a Comment